Sabra and Chatila Massacre 1982 / Jabalya massacre Setelah menjalani pelbagai tahap rundingan termasuk Perjanjian Belfour maka lahirlah negara Israel pada hari Jumaat 14 Mei 1948 tanpa restu jiran-jiran Arab terutama Palestine. Dengan ini lahirlah sebuah negara baru dalam peta dunia, setelah beribu-ribu tahun bangsa Israel bertaburan di merata tempat tanpa negara. Kewujudan Israel sinonim dengan kekejaman dan kezaliman. Pertubuhan-pertubuhan berplot ganas Israel seperti Lehi, IZL, Palmach, Hagana dan Mosad memang popular dalam melakukan pengkhianatan dan pembunuhan sejak dahulu termasuk membantu Inggeris menghadapi pemberontakan orang-orang Arab pada tahun-tahun akhir 1930an.
Ini bertepatan dengan persepsi bahawa Bani Israel merupakan kaum yang paling degil, di mana Allah menurunkan ramai nabi di kalangan kaum tersebut kecuali Nabi Muhammad. Di dalam Al-Quran terutama Surah Al- Baqarah banyak ayat-ayat yang diturunkan mengkhusus kepada bani Israel. Pelbagai keganasan dan pembunuhan dilakukan seperti peristiwa di Dayr Yassin 1948, pembunuhan di Sabra dan Sattila pada 1980an, pembunuhan Jabalya dan keganasan di Gaza pada 2009. Israel akan terus mengganas kerana sejak awal pemimpin mereka Ben Gurion bersumpah "Tidak ada Zionis yang boleh melepaskan, walaupun bahagian terkecil Eretz Israel".
Justeru itu tidak hairanlah bahawa Israel akan terus mengganas tanpa noktah terutama untuk mencapai matlamat meluaskan wilayahnya dengan merampas tanah milik Palestine. Semua janji damai yang dibuat merupakan hipokrasi mereka. Sesungguhnya tidak akan ada yang menjadi realiti. Jika ini hakikatnya mengapakah Dunia Arab dan dunia Islam lain merayu-rayu dan memujuk Israel untuk berdamai dan membebaskan Palestine? Apalah gunanya kita merendah diri dan merayu kepada Amerika supaya membantu Palestine, sedangkan kelahiran Israel dibidani oleh polis dunia itu. Pendekatan lain perlu dicari untuk membela watan dan maruah rakyat Palestine.
Sekiranya Israel disamakan dengan sang puaka atau hantu raya maka kita perlu perkebal dan perdindingkan diri kita dengan tangkal azimat dan juga jampi mentera. Jika Israel dianalogikan seperti virus, maka kita perlu menguatkan antibodi dan daya tahan kita. Andainya kita umpamakan Israel seperti syaitan, maka kita perlu menguatkan kerohanian dan keimanan kita. Kita tidak boleh berterusan merayu dan merintih kepada sang puaka supaya tidak merasuk kita. Begitu juga kita tidak boleh terus-terusan mengharapkan virus musnah dengan sendirinya atau tidak henti-henti menyalahkan syaitan kerana menghakis keimanan kita. Ini kerana makhluk sang puaka, virus dan syaitan memang sebegitu nama,sifat dan perlakuannya. Begitu juga Israel, selagi namanya Israel sememang begitu perangai dan perlakuannya sejak zaman kenabian hingga kini. Tidak ada kemakmuran yang disumbangkan olehnya terutama untuk umat Islam walaupun sebesar zarah.
Oleh itu kita umat Islam khasnya dunia Arab perlu memperkuatkan pendinding diri, memperkukuhkan daya tahan dan memantapkan keimanan untuk menghadapi kekejaman Israel. Dunia Islam mesti memperkukuhkan perpaduan. Dunia Arab perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah sama ada antara negara, antara mazhab atau antara kabilah dan seumpamanya. Dunia Arab perlu menggunakan kekayaan untuk mengajar Israel dan sekutunya. Dunia Arab khasnya Palestine perlu menyusun strategi yang mantap dan berkesan untuk berdepan dengan Israel Jika tidak kita akan terus merayu-rayu dan meminta simpati Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya untuk menyelamatkan negara, maruah dan nyawa umat Islam Palestine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan