Sabtu, September 12, 2009

Jangan Berkeluh Kesah: Berusaha lagi dan lagi dan lagi

Musim peperiksaan awam menjelang tiba. Bermula dengan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan, anda perlu berusaha dengan gigih untuk kecemerlangan. Atasi segala halangan dan rintangan. Jangan jadikan masalah sebagai sebab kegagalan. Jika anda datangnya dari keluarga yang serba kekurangan sama ada harta atau kasih sayang, jangan biarkan itu menjadi penghalang. Ingatlah ada insan lain yang lebih menderita.

Saksikan paparan di bawah ini sebagai cabaran anda. Jadikan ketabahan, kegigihan dan keyakinan mereka sebagai motivasi diri anda. Malu rasanya jika kita terus bersedih, merintih dan berkeluh kesah. Lihatlah ketabahan mereka...

Paparan ini di emailkan oleh rakan-rakan pendidik dan pentadbir di SMK. Munshi Sulaiman. Di mana sahaja dan pada setiap detik kalian sentiasa menyumbang dan memotivasi. ' Sekali guru selamanya guru'.

video

Sejauh mana penderitaan anda jika dibandingkan dengan mereka?

Saksikan lagi ketabahan dan kegigihan ini...

Justeru itu apa yang perlu anda lakukan untuk mendepani rintangan yang tidak sehebat dugaan yang mereka hadapi?. Rintangan, masalah dan penderitaan serta kegagalan bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Anda perlu terus mencuba dan berusaha. Jika anda jatuh... bangun dan bangun dan bangun. Jika anda gagal, berusaha... lagi dan lagi dan lagi.

Berjuanglah seteguh dan setabah jentayu yang;

patah sayap bertongkat paruh

patah paruh bertongkat siku

patah siku bertongkat dagu

patah dagu bertongkat kuku

Jangan mengalah. Jangan berputus asa.