Saksikan paparan di bawah ini sebagai cabaran anda. Jadikan ketabahan, kegigihan dan keyakinan mereka sebagai motivasi diri anda. Malu rasanya jika kita terus bersedih, merintih dan berkeluh kesah. Lihatlah ketabahan mereka...
Paparan ini di emailkan oleh rakan-rakan pendidik dan pentadbir di SMK. Munshi Sulaiman. Di mana sahaja dan pada setiap detik kalian sentiasa menyumbang dan memotivasi. ' Sekali guru selamanya guru'.
Sejauh mana penderitaan anda jika dibandingkan dengan mereka?
Saksikan lagi ketabahan dan kegigihan ini...
Justeru itu apa yang perlu anda lakukan untuk mendepani rintangan yang tidak sehebat dugaan yang mereka hadapi?. Rintangan, masalah dan penderitaan serta kegagalan bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Anda perlu terus mencuba dan berusaha. Jika anda jatuh... bangun dan bangun dan bangun. Jika anda gagal, berusaha... lagi dan lagi dan lagi.
Berjuanglah seteguh dan setabah jentayu yang;
patah sayap bertongkat paruh
patah paruh bertongkat siku
patah siku bertongkat dagu
patah dagu bertongkat kuku
Jangan mengalah. Jangan berputus asa.