Catatan Pengorbanan 1:
Seorang doktor mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.Beliau menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan dan di
sana
menantinya ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak. "Kenapa
kamu
ambil masa yg lama utk datang..? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni? Kamu tidak ada rasa bertanggungjawab ke..?" Doktor
tersebut tersenyum dan berkata : " Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat
panggilan kecemasan tu. Saya harap encik bertenang agar saya dapat menjalankan tugas saya." " Bertenang kamu kata! Kalau anak kamu
berada dalam bilik itu sekarang ni, bolehkah kamu bertenang.? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yg kamu buat?" Kata si ayah dengan
marah.Doktor tersenyum dan berkata : " Doktor tidak upaya untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang
terbaik
untuk membantu anak encik". " Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!". Si ayah marah lagi.Pembedahan mengambil masa beberapa jam. Tidak lama kemudian doktor tadi keluar dengan senyuman. " Alhamdulillah. Anak tuan selamat. Jika ada apa-apa sila berurusan dengan juru rawat." Doktor berlalu pergi. "Mengapakah doktor tu sombong sangat? tak bolehkah beliau tunggu sebentar. Saya ada beberapa soalan nak ditanya?" Bentak si ayah kepada juru rawat. " Anaknya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sewaktu kami memanggilnya untuk menyelamatkan anak tuan dia sedang menguruskan pengebumian jenazah anaknya. Beliau perlu bergegas pergi untuk meneruskan urusan pengebumian tersebut." Jelas juru rawat dalam nada kesedihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan